Tuesday, November 10, 2009

A short introduction to Aikido in Malay

Aikido adalah satu seni bela diri berasal dari Jepun yang berasaskan Aiki-Jutsu. Penaungnye, Morihei Ueshiba ataupun lebih dikenali sebagai Osensei adalah seorang pendekar yang agak hebat. Dari kecil beliau telah mendalami beberapa seni bela diri Jepun dan semasa zaman mudanya telahpun mencabari dan bergelut dengan ramai pendekar2 lain di Jepun.  


Tatkala beliau bertemu dengan Sokaku Takeda pula, beliau telah juga menemui kekalahan pertama beliau dalam dunia pertempuran. Langsung beliau terus belajar dengan Guru Takeda yang ilmunya dipanggil Daitoryu Aiki Jutsu. Sememangnya Daitoryu Aikijutsu adalah suatu seni bela yang tinggi ilmunya. Ia diturun melalui keluara Takeda yang telah bertahun2 menjadi pahlawan seorang Shogun di Jepun. Maka ilmu ini boleh dikirakan sebagai ilmu bangsawan. Manakala ilmu berentap yang diamalkan orang ramai di Jepun adalah ilmu Jujitsu, Karate, Sumo dan ilmu2 senjata yang lain.  


Perbezaan ilmu tinggi dan ilmu umum ni lah yang membuatkan Sokaku Takeda seorang pendekar tak terkalah di Jepun. Ilmu hebatnya adalah Aiki. Aiki ini jika dilihat, bermaksud Harmony. Pendekatanya adalah mengguna tenaga lawan. Jika diteliti lebih lanjut, Aiki ini akan menuju ke suatu pemahaman yang lebih halus iaitu mengenal diri dan sikap menyerah.  


Sememangnya itulah yang terjadi apabila Osensei menemui jalan yang mendekatkannya ke alam agama. Osensei sehabisnya pembelajaran Daitoryu, sempat bertemu dengan penaung agama OmotoKyo iaitu Deguchi. Dia mendapat hidayah di sana, langsung beliau menukar nama perguruanye kepada Aikido. Dimana Aikido adalah agak lain dari Daitoryu tetapi masih mempunyai rangka2 yang sama seperti asal-usulnya.  


Aikido adalah satu seni bela diri yang pada asasnya tidak mementingkan kekuatan atau kepantasan untuk menangani lawan. Pada peringkat awal, murid akan diajar prinsip latihan yang mementingkan kesatuan badan, hati dan minda. Selepas itu, teknik2 Aikido yang agak mirip Jujitsu akan diajar. Selepas itu, barulah kaedah Aiki akan diwujudkan didalam pembelajaran.  


Sewaktu membina Prinsip Aikido didalam latihan, murid itu akan mendapati kuasanya akan bertambah. Ini kerana, pada masa dulu, mungkin badan kita tidak ada kordinasi dengan minda seolah-olah orang yang cuba membuat pelbagai benda sekali gus langsung tak mampu untuk selesaikan satupun kerjanya. Selepas latihan penyatuan badan, minda dan hati, murid itu akan lebih fokus dan pergerakannya lebih mantap.  


Teknik Aikido yang berasaskan Jujitsu pada mulanya akan mementingkan kedudukan dan fokus kepada mengambil keseimbangan badan lawan. Mungkin pada awalnya, latihan ini akan menggunakan banyak tenaga dan juga pergerakan yang besar. Selepas latihan lanjutan, maka pergerakan pelatih akan mula menjadi lebih kecil dan sedikit, langsung ia akan mengurangkan perluan tenaga dan kepantasan.  


Selepas ini barulah pelatih akan mula memahami asas Aiki. Aiki ini juga terdapat beberapa peringkat latihan. Sewaktu Osensei telah matang dalam latihannya, terdapat ramai pendekar2 yang cuba mengujinya. Antaranya adalah seorang samurai yang mengguna pedang hidup untuk melawan Osensei yang tiada senjata. Namun setelah sekian lama mencuba, orang itu tercungap2 tetapi langsung tak dapat menetak Osensei. Peristiwa yang lain, mendapati beberapa askar cuba menembak Osensei dalam satu pertunjukan Aikido. Osensei mengelak ketiga2 tembakan itu dengan selamat. Bila ditanya. Osensei bilang bahawa dia hanya menyerah dirinya ke Pencipta. Badannya bergerak secara harmony dengan dunia dan alam. Maka disinilah satu2 bezanya latihan Aikido dengan amalan yang lain.  


Aikido memerlukan pelatihnya membina kesatuan badan, minda dan hati supaya dapat mengenal diri. Langsung dari situ, pelatih disuruh mengenal lawannya dan alam. Dan dari situ pula, pelatih harus belajar untuk menyerah diri ke alam ataupun Pencipta. Ini amat berbeza dengan ilmu bela diri yang lain, yang mengutamakan latihan untuk membina kekuatan diri sendiri. Maka pendekar2 tersebut akan menggunakan kekuatan tersebut untuk menghancurkan kekuatan lawannya.

No comments:

Post a Comment